Tuesday, September 10, 2013

Bahasa Sembunyi Kata



Ku sambung mu puisi..
Membeza kulit dan isi.. 
Walau apa posisi..
Mahukan Dia di sisi..

Sejarah yang dibaca..
Cerita yang diberita..
Cahaya jangan buta..
Gelap jelas beza..

Tidak pusing atau alih..
Yang rosak akan pulih..
Ada maksud ganti silih..
Sedang masa beralih..

Besar peniti bukan ukuran..
Setajam pedang pada tikaman..
Biar berubah pada sangkaan..
Sebagai bukti ada tindakan..

Maksud puisi biar sama..
Susun bait biar  sekata..
Mengenal kata biar nyata..
Dalam perbendaharaan sembunyi bahasa..

-dpkp-

Monday, August 12, 2013

Aku di mana?


Aku di mana?..



Pabila kegelapan menarik cahaya..
Aku di mana?

Ketika kebenaran dikunci kebatilan..
Aku di mana?

Sewaktu derap kaki sedang mara..
Aku di mana?

Ketika agama dicari semula..
Aku di mana?

Pabila Takbir mengatasi fikir..
Aku di mana?

Aku di mana? Aku di mana?

-dpkp-

Monday, January 7, 2013

Sabar Menanti Hikmah







Tidak mungkin Dia khianati hamba
Apa dikemuka tidak diterima
Rasakan yang terbaek mengapa tiada
Bertalu pinta ada kecewa
Bertanya tidak kena
Mendesak tidak cerna

Tidak jadi cuba lagi
Tidak bagi pinta lagi
Tidak jumpa cari lagi
Tidak berjaya mula kembali

'Give up' jangan harap
Kerana pasti ada sebab
Perlu sabar dengan kerap
'Make the move and rise up'
'The hikmah will come up'

Bukan sengaja tidak terima
Bukan sembunyi bukan tiada
Bukan lari dari peminta
Ada mendengar dengan setia
Berteman sedih dengan air mata
Memberi kasih tanpa terduga

Terbaeek bukan mudah
Perlu hadapi dengan susah
Hanya melalui masalah
Bukan bererti tiada penyudah
Percaya adanya Ar- rahmah
Hanya sabar menanti hikmah...

-dpkp-