Monday, September 8, 2014

Terbangkan Cita dan Cinta



Kuhamparkan lapangan..
namun tidak sejauh pandangan..
mereka jerit angan-angan..
lapangan ini bukan jalan..
jalan menuju akhiran..
akhiran perlu tujuan..
tujuanku bermula di lapangan...

Mereka pesan jangan berlari...
mereka pesan lapanganmu penuh duri...
mereka pesan bersamamu hanya sendiri..
mereka pesan langkahmu akan ke kiri...

Jangan risau ku tidak berlari...
kakiku bukan untuk duri..
jiwaku bukan sendiri..
tujuanku tidak ke kiri...

Kumahu terbang..
biarkan cita dan cintaku terbang...
biarkan angan-angan dan rinduku terbang..
lapangan ini untukku terbang...
keringatnya untukku terbang..

CiptaanMu di luar jangka..
kehendakMu di luar sangka..
kuasaNya mampu melepasi logika..
maka mengapa ragu letakkan percaya..
hanya perlu usaha bukan kuasa...
Terbangkan saja cita dan cinta...

-dpkp-



Thursday, July 3, 2014

Bisik Pada Tuhan




Pssstt...
Ku mahu ceritakan hidupku..
Hidup yang merunsingkan fikiranku..
Sentiasa berliku aku tahu...
Perlu dilalu mencari yang ku mahu..

Bisikku pada yang sudah tahu..
Tentang perjalanan ini apa yang diperlu..
Ku rasa jauh mungkin dah berbatu..
Adakah menghampiri yang kau mahu...

Berliku amat masih ku tempuh..
Mungkin sampai sebelum subuh..
Rasai sakit yang kemudian sembuh..
Belum lagi terfikir untuk lumpuh..

Psssttt...
Kisahku biasa-biasa saja..
Namun ku pastikan kau sentiasa ada..
Beriringan sepanjang masa..
Atau mungkin ku hanya rasa...

Biarlah..
Ku ingin bisikkan pelbagai rasa..
Ku ingin sampaikan setiap cerita..
Ku ingin ceritakan sepanjang masa..
Ku ingin teruskan ku punya bicara..

Bisikku pada Tuhan..
~ katakan pada mereka bahwa sesungguhnya 'Aku' dekat ~

-dpkp-


Sunday, June 22, 2014

Syarat Kematian




Syarat kematian bukan kerana kesakitan..
Syarat kematian bukan kerana kekurangan..
Syarat kematian bukan kerana keuzuran...
Syarat kematian bukan kerana kemiskinan..
Syarat kematian bukan kerana tekanan..
Syarat kematian bukan kerana kesedihan..
Syarat kematian bukan kerana perbezaan..
Syarat kematian bukan kerana kedudukan..
Syarat kematian bukan kerana kekecewaan..
Maka apa syarat kematian?..

Mereka kata mati itu pasti...
Maka yang berlari juga pasti..
Maka yang berjalan juga pasti..
Maka yang bergolek juga pasti..
Maka yang melayang juga pasti..
Maka yang berjuang juga pasti..
Maka yang berundur juga pasti..
Maka apa syarat untuk mati?..

Tolong khabarkan apa yang hendak dibawa..
Tolong ceritakan perihal tentangnya..
Tolong berikan bekalan yang nyata..
Tolong terangkan apa persediaan menghadapinya..
Tolong beritahu apa syaratnya...

Syarat kematian adalah bernyawa..
Kerna setiap yang bernyawa pasti akan merasai.........

-dpkp-

Thursday, April 10, 2014

MENANTI KEBANGKITAN



Telah kulihat zalimnya si pendusta
Telah kulihat peritnya si derita
Telah diceritakan yang sebaliknya
Telah diceritakan yang lainnya

Mana mimpi yang dikhabarkan realiti
Mana si adil yang telah lama dikunci
Mengapa jahil yang dibiar berdiri
Mengapa fakir yang dibiar sendiri

Ada terdengar jeritan perjuangan
Ada terlihat risalah kebenaran
Ada tersedar bahasa kebohongan
Ada terselit rasa kasihan
Ada terdetik maksud kebangkitan

Namun hanya menanti
Namun hanya menanti
Namun hanya menanti

Menanti Kebangkitan...

-dpkp-