Thursday, July 3, 2014

Bisik Pada Tuhan




Pssstt...
Ku mahu ceritakan hidupku..
Hidup yang merunsingkan fikiranku..
Sentiasa berliku aku tahu...
Perlu dilalu mencari yang ku mahu..

Bisikku pada yang sudah tahu..
Tentang perjalanan ini apa yang diperlu..
Ku rasa jauh mungkin dah berbatu..
Adakah menghampiri yang kau mahu...

Berliku amat masih ku tempuh..
Mungkin sampai sebelum subuh..
Rasai sakit yang kemudian sembuh..
Belum lagi terfikir untuk lumpuh..

Psssttt...
Kisahku biasa-biasa saja..
Namun ku pastikan kau sentiasa ada..
Beriringan sepanjang masa..
Atau mungkin ku hanya rasa...

Biarlah..
Ku ingin bisikkan pelbagai rasa..
Ku ingin sampaikan setiap cerita..
Ku ingin ceritakan sepanjang masa..
Ku ingin teruskan ku punya bicara..

Bisikku pada Tuhan..
~ katakan pada mereka bahwa sesungguhnya 'Aku' dekat ~

-dpkp-